Monday, March 9, 2015
Wednesday, February 4, 2015
Asrama Desa
Wednesday, February 04, 2015
** Bangunan yang pertama dibina pada tahun 1996.
** Mempunyai 3 blok utama iaitu Asrama Putera, Asrama Puteri dan Dewan Makan.
** Menempatkan seramai 50 penghuni.
** Mula digunakan pada 1 Oktober 1997.
** Telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Dato’ Hj. Abu Hasan b. Hj. Omar pada
12 Disember 1997 bersamaan 12 Sya’aban 1418 Hijrah.
** Pada tahun 2009 bangunan baru telah dibina.
** Mempunyai 3 blok utama iaitu Asrama Putera, Asrama Puteri dan Dewan Makan.
** Menempatkan 100 penghuni iaitu 50 lelaki dan 50 perempuan.
** Mula digunakan pada 5 Jun 2011.
http://www.skbaganterap.asramaselangor.net/
Friday, January 30, 2015
Visi dan Misi
Friday, January 30, 2015
Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Thursday, January 29, 2015
Sejarah Sekolah
Thursday, January 29, 2015
Sejarah Sekolah (School History)
Bagan Terap adalah sebuah perkampungan kecil yang terletak di pinggir Sungai Bernam yang menghubungkan kawasan ini dengan pekan Sabak Bernam ,Sungai Samak, Lubuk Pusing dan Ulu Bernam. Pada masa dahulu jalan sungai merupakan jalan utama penduduk kampung di sini.
ASAL–USUL NAMA BAGAN TERAP
BAGAN bermaksud pengkalan.
TERAP dari nama pokok terap yang banyak terdapat di kawasan sekitar.
Sekolah Kebangsaan Bagan Terap yang awal penubuhannya juga didirikan di tepi Sungai Bernam pada tahun 1947. Namun begitu tiada kesan peninggalan bangunan sekolah lama kecuali beberapa orang bekas murid. Sejarah sekolah ini telah diabadikan di dalam lencana sekolah hingga ke hari ini dan landskap bertemakan “Bagan Terap’ didirikan di hadapan pejabat sekolah.
Bangunan sekolah mengandungi :-
1. 2 blok bangunan 2 tingkat yang didirikan dalam tahun 1972 dan 1985.
2. 1 blok bangunan kayu 1 tingkat yang didirikan dalam tahun 1964
3. 1 blok bangunan 1 tingkat untuk Kelas Khas & Prasekolah didirikan dalam tahun 2000
(menggantikan Bangunan Asal yang didirikan dalam tahun 1950 )
4. 1 blok bangunan 1 tingkat untuk Bangunan Pusat Sumber Sekolah (sumbangan bank dunia) yang
didirikan dalam tahun 1992.
5. 3 blok bangunan 1 tingkat untuk Asrama Desa yang didirikan dalam tahun 1997.
6. Sebuah musollah dinamakan Musollah As Sofwah didirikan dalam tahun 1999.
7. Tahun 2002 satu blok bangunan segera didirikan untuk 4 buah kelas.
BANGUNAN ASAL
1. 1949 - Berpindah ke tapak sekarang setelah sebuah bangunan sekolah yang mengandungi sebuah
bilik darjah siap dibina oleh kerajaan.Kerajaan telah melantik seorang Guru Besar yang bernama
Mohd Yusof bin Buyung bagi menggantikan Raja Ahmad.
2. 1964 - Kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan tambahan yang mengandungi dua bilik darjah.
3. 1976 - Oleh kerana kekurangan bilik darjah, sebahagian daripada murid terpaksa
menumpang di bawah rumah YB Dato’ Mohd Ghazali b Kantan. Maka dengan itu kerajaan
telah mendirikan sebuah bangunan sekolah dua tingkat dan sebuah kantin.
4. 1989 - Sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan Pusat Sumber yang lengkap dengan
perpustakaan,Bilik Tayangan,Bilik Rakaman,Bilik Bahan dan Bilik Kerja. Bangunan yang
dibiayai oleh Bank Dunia ini digunakan sepenuhnya pada tahun 1990.
5. 1991 - Sebuah kelas Pra Sekolah telah dibina dengan bilangan muridnya seramai 25 orang setiap
tahun.
6. 1994 - Sebuah bangunan tambahan dua tingkat yang lengkap dengan makmal Sains didirikan .
7. 1996 - Sebuah kelas khas bermasalah pembelajaran (KKBP) dibuka khas untuk murid-
murid istimewa.Kelas yang mulanya mempunyai lima orang murid dengan dua orang guru
kini telah meningkat kepada 15 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 3 orang.
8. 1996 - Bermula tahun 1996 sebuah Asrama Desa telah dibina.Asrama yang terdiri
daripada tiga blok iaitu Asrama Putera,Asrama Puteri dan Dewan Makan ini menempatkan
murid seramai 25 orang lelaki dan 25 orang perempuan dan telah digunakan pada 1 hb
Oktober l997.
9. Menyentuh tentang perkembangan sekolah ini selanjutnya, ia telah berkembang dengan
majunya dari setahun ke setahun sehingga tahun 1998 bilangan muridnya telah mencapai
298 orang . Sekolah ini juga telah mengukir banyak kejayaan samada dibidang akademik
mahupun sukan. Ramai juga bekas murid sekolah ini yang berjaya melanjutkan pelajaran
ke Universiti dan menyandang jawatan baik samada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.
Sekolah Kebangsaan Bagan Terap telah dirasmikan pada 1 hb April 1978 oleh YAB Dato’ Musa Hitam iaitu Menteri Pelajaran pada masa itu. Pada mulanya sekolah ini dibina atas rizab kerajaan berhampiran sungai.Ia dibuat secara bergotong-royong oleh orang kampung pada tahun 1946 dan mula digunakan pada tahun 1947. Antara murid tuanya ialah Dato’ Mohd Ghazali Bin Kantan .
Sekolah yang menempatkan pelajar seramai 172 orang ini mempunyai 3 orang tenaga pengajar termasuk Guru Besar yang dilantik sendiri oleh orang kampung yang bernama Raja Ahmad.Mereka ini dibayar gaji oleh orang-orang kampung melalui kutipan yuran bulanannya sebanyak RM0.70 bagi setiap murid .

Tinta Guru Besar
Thursday, January 29, 2015
Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memudahkan urusan menghasilkan laman web ini.
Dengan adanya laman web ini diharapkan dapat memberi sedikit informasi berkaitan sekolah ini kepada semua pengunjung disamping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara murid, guru, kakitangan sokongan, ibu bapa, bekas pelajar, masyarakat umum, pejabat pendidikan dan kementerian pendidikan. Pengunjung juga dapat maklumat terkini berkaitan perkembangan sekolah seperti aktiviti murid, program-program sekolah, dan PIBG sepanjang tahun.
Kepada pengunjung saya mengucapkan selamat datang ke laman web SK Bagan Terap, semoga mendapat maklumat yang berguna disini. Saya yakin dan penuh percaya dengan kerjasama padu dari semua warga sekolah dapat melaksanakan semua program yang dirancang .
Wassalam.
EN. TAMZIS BIN HJ KUSIN
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bagan Terap
45300 Sungai Besar
Selangor
Subscribe to:
Posts (Atom)