Friday, January 30, 2015

Visi dan Misi

Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Thursday, January 29, 2015

Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah (School History)

Bagan Terap adalah sebuah perkampungan kecil yang terletak di pinggir  Sungai Bernam yang menghubungkan kawasan ini dengan pekan Sabak Bernam ,Sungai Samak, Lubuk Pusing dan Ulu Bernam.  Pada masa dahulu jalan sungai merupakan jalan utama penduduk kampung di sini.

ASAL–USUL NAMA  BAGAN TERAP
BAGAN bermaksud  pengkalan.
TERAP dari nama pokok terap yang banyak terdapat di kawasan sekitar. 

Sekolah Kebangsaan Bagan Terap yang awal penubuhannya juga didirikan di tepi Sungai Bernam pada tahun 1947. Namun begitu tiada kesan peninggalan bangunan sekolah lama kecuali beberapa orang bekas murid. Sejarah sekolah ini telah diabadikan di dalam lencana sekolah hingga ke hari ini dan landskap bertemakan “Bagan Terap’ didirikan di hadapan pejabat sekolah.


Bangunan sekolah mengandungi :-
1.  2 blok bangunan 2 tingkat  yang didirikan dalam tahun 1972 dan 1985.
2.  1 blok bangunan kayu 1 tingkat yang didirikan dalam tahun 1964
3.  1 blok bangunan 1 tingkat untuk Kelas Khas & Prasekolah didirikan dalam tahun 2000  
     (menggantikan Bangunan Asal yang didirikan  dalam tahun 1950 )
4.  1 blok bangunan 1 tingkat  untuk Bangunan Pusat  Sumber Sekolah (sumbangan bank  dunia) yang
     didirikan dalam tahun 1992.
5.  3 blok bangunan 1 tingkat untuk Asrama Desa yang didirikan dalam tahun 1997.
6.  Sebuah musollah  dinamakan Musollah As Sofwah didirikan dalam tahun 1999.
7.  Tahun 2002 satu blok bangunan segera didirikan  untuk 4 buah kelas.


BANGUNAN ASAL
1.  1949 - Berpindah ke tapak sekarang setelah sebuah bangunan sekolah yang mengandungi sebuah
     bilik darjah siap dibina oleh kerajaan.Kerajaan telah melantik seorang Guru Besar yang  bernama
     Mohd Yusof bin Buyung bagi menggantikan Raja Ahmad.
2.  1964 - Kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan tambahan yang mengandungi dua bilik darjah.
3.  1976 - Oleh kerana kekurangan bilik darjah, sebahagian daripada murid terpaksa
     menumpang di bawah rumah YB Dato’ Mohd Ghazali b Kantan. Maka dengan itu kerajaan
     telah mendirikan sebuah bangunan sekolah dua tingkat dan sebuah kantin.
4.  1989 - Sekolah  ini telah mendapat sebuah bangunan Pusat Sumber yang lengkap dengan 
     perpustakaan,Bilik Tayangan,Bilik Rakaman,Bilik Bahan dan Bilik Kerja.  Bangunan yang
     dibiayai oleh Bank Dunia ini digunakan sepenuhnya pada tahun 1990.
5.  1991 - Sebuah kelas Pra Sekolah telah dibina  dengan bilangan muridnya seramai 25 orang setiap
     tahun.
6.  1994 - Sebuah bangunan tambahan dua tingkat  yang lengkap dengan makmal Sains didirikan .
7.  1996 - Sebuah kelas khas bermasalah  pembelajaran (KKBP) dibuka khas untuk murid-
     murid istimewa.Kelas yang mulanya mempunyai lima orang  murid dengan dua orang guru
     kini telah meningkat kepada 15 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 3 orang.
8.  1996 - Bermula tahun 1996 sebuah Asrama Desa telah dibina.Asrama yang terdiri
     daripada tiga blok iaitu Asrama Putera,Asrama Puteri dan Dewan Makan ini menempatkan 
     murid seramai 25 orang lelaki dan 25 orang perempuan dan telah digunakan pada 1 hb
     Oktober l997.
9.  Menyentuh tentang perkembangan sekolah ini selanjutnya, ia telah berkembang dengan
     majunya dari setahun ke setahun sehingga tahun 1998 bilangan muridnya telah mencapai
     298 orang .  Sekolah ini juga telah mengukir banyak kejayaan  samada dibidang akademik
     mahupun sukan.  Ramai juga bekas murid sekolah ini yang berjaya melanjutkan pelajaran
     ke Universiti dan menyandang  jawatan baik samada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.

Sekolah Kebangsaan Bagan Terap telah dirasmikan pada 1 hb April 1978 oleh YAB Dato’ Musa Hitam iaitu Menteri Pelajaran pada masa itu. Pada mulanya sekolah ini dibina atas rizab kerajaan berhampiran sungai.Ia dibuat secara bergotong-royong oleh orang kampung pada tahun 1946 dan mula digunakan pada tahun 1947. Antara murid tuanya ialah Dato’ Mohd Ghazali Bin Kantan .

Sekolah yang menempatkan pelajar seramai 172 orang ini mempunyai 3 orang tenaga pengajar termasuk Guru Besar yang dilantik sendiri oleh orang kampung yang bernama Raja Ahmad.Mereka ini dibayar gaji oleh orang-orang kampung melalui kutipan yuran bulanannya sebanyak RM0.70 bagi setiap murid .


Tinta Guru Besar


Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.
  
      Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memudahkan urusan menghasilkan laman web ini.

      Dengan adanya laman web ini diharapkan dapat memberi sedikit informasi berkaitan sekolah ini kepada semua pengunjung disamping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara murid, guru, kakitangan sokongan, ibu bapa, bekas pelajar, masyarakat umum, pejabat pendidikan dan kementerian pendidikan. Pengunjung juga dapat maklumat terkini berkaitan perkembangan sekolah seperti aktiviti murid, program-program sekolah, dan PIBG sepanjang tahun.

     Kepada pengunjung saya mengucapkan selamat datang ke laman web SK Bagan Terap, semoga mendapat maklumat yang berguna disini.  Saya yakin dan penuh percaya dengan kerjasama padu dari semua warga sekolah dapat melaksanakan semua program yang dirancang .

Wassalam.

EN. TAMZIS BIN HJ KUSIN
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bagan Terap
45300 Sungai Besar
Selangor